Serasa hati sudah mati.
Macam tiada perasaan.
Itu yang dilalui minggu ini.
Mengapa ya?
Hasil bet yang dibuat?
Takkanlah.
Tapi betullah. Hati semacam
tiada perasaan.
Rasa cinta yang keterlaluan
sudah tiada.
Rasa takut dan sedih kerana
terlalu cinta, juga tiada.
Tiada perasaan.
Tapi jauh di sudut hati, rasanya
memang tahu ada cinta.
Adakah hati sudah mati?
Atau hati ini merajuk?
Merasa bosan dan fed-up
dengan segala.
Hairan, mengapa boleh berlaku?
Sejak dua menjak sudah berani
memikirkan perkara yang tidak
pernah difikirkan pun.
Kalau dahulu, serasa mahu memikirkannya
sudah mengalir air mata berjujuran
kerana enggan memikirkan apa
akan terjadi kalau
tidak bersamanya.
Tapi sekarang, sudah berani.
Bukan berani memikirkan kehidupan
tanpanya. Namun memikirkan, sedikit,
adakah saya enggan menunggu lagi?
Saya lepaskan saja dan tunggu takdir
yang menentukan?
Mengapa mahu mengalah?
Hati saya sudah penat agaknya.
Bosan, merajuk atas segala.
Mungkin bukan semua alasan itu.
Mungkin juga, hati sudah kuat.
Kental dan tabah. Maka
tidak lagi mengalir air mata.
Tidak lagi merasa cinta yang mendalam
atau terlalu amat.
Ah, saya tidak mahu begini.
Saya tidak mahu berada dalam
kehidupan tanpa passion.
Saya mahu merasa cinta yang teramat itu.
Saya mahu menangis, dan ketawa.
Saya mahu memikirkannya setiap saat
walaupun saya merana.
Saya mahu dia sentiasa dalam ingatan
saya walau apa yang saya sedang buat.
Saya mahu melalui cinta yang mendalam
persis dongengan yang kita baca.
Saya mahu semua itu.
Maka hati,
saya tidak percaya yang
awak sudah mati.
Saya terima yang awak sudah penat.
Namun bertahanlah.
Saya tahu awak masih percaya.
Saya tahu awak tabah dan kental.
Saya tahu masih wujud rasa cinta
yang mendalam itu dalam diri awak.
Cuma kini, awak lebih pandai kawal ya.
Tapi, sekali sekala itu...
benarkanlah perasaan cinta yang teramat
itu, muncul ya.
Saya mahu perasaan itu.
Saya mahu hidup dengan perasaan itu.
Ya, saya mahu perasaan cinta
terhadapnya itu, sentiasa membara dalam
diri saya ini
sehingga akhir hayat saya.
No comments:
Post a Comment