Sunday, June 13, 2010

Dingin Salju di Kota Rom

Ohhh... hanya Halim Toha pernah membaca tulisan ini.

Ia mengisahkan tiga orang jejaka khayalan saya.

Senyum sendiri mengenangkan percubaan saya menulis sebuah cerpen yang lari dari tema cinta.

Oh ia cinta. Cuma bukan cinta biasa. Bukan klise.

Mengapa tajuk ini? Saya sukakan elemen bertentangan (contradicting) dalam tajuk ini. Negara Rom dan dingin salju adalah jauh sekali konsepnya. Namun, mengapa Rom? Negara itu mengingatkan saya kepada latar sejarah seperti yang digambarkan dalam filem Gladiator, latar yang kejam, keras namun, romantik ada pandangan saya. Romantik kerana ia membawa cerita tersendiri.

Ia menjadi latar konsep semata-mata, namun watak-watak saya tidak berada di Rom. Tidak semuanya.

Jejaka pertama merupakan penulis yang juga seorang playboy.
Seorang jejaka lagi merupakan con artist.
Dan jejaka ketiga merupakan si suami.

Masing-masing mempunyai kisah tersendiri untuk diceritakan kepada pembaca.

Ingin sekali saya berkongsi kisah mereka. Cuma tidak lagi ketemu di mana letaknya.

Hanya satu copy saya ada, harapnya saya akan jumpa kembali letaknya dalam kotak-kotak.

Muse atau inspirasi saya datangnya dari penulis terkenal, Sidney Sheldon. Buku-buku beliau yang saya ambil idea adalah Rage of Angels, yang mengisahkan seorang peguam wanita yang terjebak dalam mafia Itali. Cerit ini saya pindahkan konsep kepada jejaka ketiga, si suami, yang isterinya terlibat dengan kongsi gelap/mafia. Yang akhirnya isterinya terbunuh (atau adakah kembar isterinya?), gosh! saya terlupa.

Sebuah buku tulisan beliau yang saya ambil ilham adalah If Tomorrow Comes yang mengisahkan seorang kehidupan seorang wanita yang dipenjarakan kerana ditipu yang kemudiannya menjadi con artist. Saya cuma jadikan jejaka kedua sebagai con artist yang jatuh cinta kepada salah seorang mangsanya. Dan si wanita, yang kaya dan senang, meninggalkan segala-galanya untuk jejaka yang mencabar dirinya.

Watak jejaka pertama, si penulis yang playboy merupakan rekaan saya sendiri. Jejaka tampan yang diminati ramai dengan jutaan buku terjual, merasa kebosanan menjalani kehidupan liarnya dan kehilangan idea menulis, terserempak dengan seorang gadis misteri yang akhirnya memberikan ilham untuknya menulis dan kemudiannya mengubah dirinya.

Saya cintakan ketiga-tiga jejaka dalam Dingin Salju Di Kota Rom. Mereka semuanya merupakan lelaki idaman saya.


18 Jun 2010

3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Tempting to read it...i want to know what happened to the 1st Guy ( Plaboy) after he found his soulmate..Hmm, anyway..did u found ur dream guy in ur real life? :)

    ReplyDelete
  3. i will try to find where did i put my writings. its in the box somewhere in the storeroom!

    my dream guy? hmm.. i guess i did.

    ReplyDelete