Mahu berkongsi sebuah cerita.
Berlaku pada 22 April 2008.
Bangun pagi di sebuah resort tepi pantai. Jam kira-kira pukul 7. Pergi ke sliding door, buka dan angin pantai mengalun masuk.
Tersenyum memandang ke laut. Aman dan tenang. Menikmati seketika. A dreamy look.
Terpandang sepasang manusia, lelaki dan wanita, berjalan-jalan di tepi pantai. Kedua-dua memakai putih. Berpegangan tangan. Mesra.
Tiba-tiba suatu realization, kenyataan muncul, masuk menerjah pantas. Tanpa diduga. Terus sahaja. Dari-Nya.
I'm in love! Muncul di benak.
Air mata terus bergenang dan mengalir deras. Dan jatuh terjelepok, terduduk. Tangan mencengkam erat di permaidani lantai. Menangis tidak tertahan.
Dan bertanya dalam hati, why, why, why.
Mengapa dia?
Mengapa dia?
Mengapa dia?
DIA tidak menjawab.
Ah, masakan ada jawapan tentang cinta. Hati berbisik.
Kita tidak boleh pilih.
Ia... datang sendiri.
Persoalannya, Mengapa. Dia.
Seharusnya, 'celebrating love', menikmati akan kewujudan perasaan cinta dalam diri.
Tetapi tidak. Oh... tidak.
Bertanyakan kepada-Nya mengapa si dia, kerana
Tahu sudah akan betapa mencabarnya cinta ini.
Sekiranya betul-betul membuat keputusan untuk cuba menggapainya.
Betapa sukarnya perjalanan untuk memperoleh cinta ini.
Cuba untuk mendapatkan, cinta si dia.
Menangis tanpa dapat ditahan sama sekali.
Dan termenung memandang laut, ombak mendayu tiba, ketenangan alam dan pasangan itu.
Memikirkan nasib diri.
Ah! Mencabarnya cinta ini.
Sejak dari itu, diri sendiri bermuhasabah
Memanjat kesyukuran akan wujudnya cinta dalam diri kepada si dia
Walaupun amat sukar. Walaupun perlu bertahan.
Perlu bersabar yang teramat. Perlu selalu memujuk diri.
Agar menerima hakikat, bahawa ini jalan yang telah dipilih
Dan diputuskan.
Maka tidak perlu mempersoalkan tatkala hati berasa letih yang teramat.
Oh, hati sememangnya bengkak dan penuh dengan perasaan.
Yang kadang-kadang penat menghadapi segala
Dan menangis pada malam yang sunyi.
Cuba memegang hakikat wujudnya cinta itu dalam diri
Dan ia bukan sekadar mainan perasaan, crush yang
cuba ditepis berbulan-bulan lamanya.
Ia cinta.
Terima kasih Tuhan.
No comments:
Post a Comment